Tuesday 24 January 2012

Mengharapkan Sinar Tahun 2012

Salam semuanya...

Baru nak berjinak-jinak berblogging. Azam tahun ini harap2 dapat create new post setiap minggu. Kenapa bukan setiap hari? Hahaha..saya kan budak baru belajar. Mula2 bertatih dulu, lama2 nanti bolehlah berlari ye dak...

25.01.2011 tarikh keramat kerana hari pertama masuk keja balik selepas hampir 4 bulan maternity leave. Eh? Maternity leave 4 bulan ke sekarang? Sudah tukar ka? Hehehe..sebenarnya tak. Masih lagi 90 hari. Gomen tak umumkan apa2 pun tentang pertambahan cuti bersalin. Akak yang tambah2 cuti sendiri uols.

Saya mula bercuti haritu on 8.10.2011. Balik ke tanah tumpah darahku awal gara-gara flight cuma membenarkan pregnant lady on board 36weeks or below of pregnancy. Jadi terpaksalah berjimat cermat dengan cuti sepanjang 2011. Akhirnya....berjaya juga membuatkan baki cuti tahun lepas tinggal sehari je lagi. hahaha...memang jimatkan. Jadinya, cuti saya tahun ni cuma 26hari. Cukuplah tu kan. Syukur...

Tahun baru ni dimulakan dengan banyak perkara yang indah2. Antaranya dapat baby baru...hehe..taklah berapa nak baru. Cause saya deliver last year on 29 Oct 2011 
(psttt...try tanya bapak dia tarikh bday confirm tak ingat. org lelaki mmg mcm tu agaknya. malas nak ingat benda2 remeh konon  - mampu cakap dlm hati je dialog ni. hehe..) 

     Skye Stevie 1st day picture

Baby Skye memang anak yang baik. Sangat mudah mengandungkan, melahirkan & menjaga dia. Semakin lama anak ini makin bijak. Walaupun baru berusia 2bulan++ tapi sudah pandai mendengar kata. Moga anak ini dipermudahkan hidupnya dan menjadi anak yang berguna pada masa hadapan. Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka kan. Saya juga berharap agar kami suami isteri diberikan kekuatan dan ilmu secukupnya untuk mendidik anak ini. (Akak terharu uols..sob3...baru je hantar daddy dia ke airport tadi. suami keje di Bintulu. terpaksa berulang alik BTU-KUL-BTU setiap bulan)

Lepas ni nak kemas2 barang untuk keje esok.

Checklist:

1. Baju Kurung - akan beli yang baru petang ni kt pasar malam ;p
    (tak bole pakai seluar ke ofis kecuali pegi tengok site je. takpe. pakai bj kurung kan lebih 
     sopan...)


2. Kasut - Done. Berjaya memujuk suami untuk hadiahkan kasut baru semalam. hehe..
                Akan pakai esok.
    (kat opis kena pakai kasut bertutup. kadang2 akak belasah pakai sandal. opss selalu buat    
    sebenarnya....hehe)

3. Nametag - jap lagi nak godek2 dalam almari. harap2 jumpa. 
    (kenapa obses sgt dgn nametag. tak pakai tak boleh ke? - kalau tak pakai takleh masuk ofis. 
    sebab kena scan nametag kat pintu dulu baru leh masuk. hehehe...boleh jgk klu nak tekan 
    loceng tapi encik bos tau pulak masa kita punch...hehehe)

4. Kad touch n go - Done. En. Suami kata dia dah topupkan. Klu tak gi memane boleh pakai hingga 
                               end of Feb.
     ( ini sgt penting. Sehari jumlah tol saya kena bayar = RM5.00. Smart tag & lorong tunai jem 
      pepagi buta. So kena sentiasa make sure touch n go berisi)

5. Kad parking - Done. Masih selamat dalam kete.
    (ofis kat MV. Klu takde season pass kena bayar cash ikut rate yg ditetapkan oleh pihak MV. 
    Kalu pakai season pass bayar RM15 je sebulan.) 

Rasanye macam dah ok kot persediaan ke hari pertama ke opis esok. Harap2 dalam bekerja dengan tenang, aman dan gembira. Jumpa lagi.